7.7 C
New York
Friday, October 11, 2024

Toyota sah kembali ke Formulation 1 sebagai rakan teknikal Pasukan F1 Haas berkuatkuasa serta merta


Toyota sah kembali ke Formula 1 sebagai rakan teknikal Pasukan F1 Haas berkuatkuasa serta merta

Toyota telah mengesahkan bahawa ia akan kembali ke perlumbaan Formulation 1 bersama pasukan F1 MoneyGram Haas. Namun pengeluar dari Jepun itu bukan bertindak sebagai pembekal enjin atau casis, sebaliknya sebagai rakan teknikal untuk pasukan F1 yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu.

Toyota sebelum ini pernah berlumba dalam Formulation 1 sebagai pasukan penuh dan juga pembekal enjin dengan perlumbaan pertama disertai pada GP Australia 2002. Dan selepas lapan musim, 13 podium serta mencapai keputusan terbaik dengan mendapat kedudukan keempat dalam kejuaraan pengeluar, pasukan F1 Panasonic Toyota mengumumkan pengundurannya pada 2009.

Kerjasama baharu dengan Haas ini diumumkan di litar milik Toyota iaitu Fuji Speedway di Jepun hari ini dan ia akan bermula serta merta. Sebagai sebahagian dari perjanjian tersebut, Haas dan Toyota menerusi sayap perlumbaan dan R&D Toyota Gazoo Racing (TGR) akan “berkongsi kepakaran dan pengetahuan, dan juga sumber.”

Haas mensasarkan untuk memperbaiki pembangunan dan kedudukan kompetitifnya dalam Formulation 1 menerusi kerjasama ini, manakala Toyota pula berhasrat untuk membangunkan pengetahuan serta kemahiran dalam sukan tersebut. Jadi TGR akan membekalkan servis rekaan, teknikal dan pembuatan kepada Haas, manakala Haas akan menawarkan kepakaran teknikal dan manfaat komersil sebagai timbal balik.

Toyota sah kembali ke Formula 1 sebagai rakan teknikal Pasukan F1 Haas berkuatkuasa serta merta

Perjanjian ini walau bagaimanapun tidak akan menjejaskan kerjasama Haas dengan Ferrari yang telah dimeterai sejak pertama kali ia menyertai F1 pada 2016.

“Saya sangat teruja bahawa Pasukan F1 MoneyGram Haas dan Toyota Gazoo Racing telah bersatu untuk menyertai perkongsian teknikal ini,” kata prisipal Haas Ayao Komatsu.

“Keupayaan untuk memanfaatkan sumber dan pangkalan pengetahuan yang terdapat di Toyota Gazoo Racing, sambil mendapat manfaat daripada proses teknikal dan pembuatan mereka, akan memainkan peranan penting dalam pembangunan kami sendiri dan keinginan kami yang jelas untuk meningkatkan lagi daya saing kami dalam Formulation 1.

“Sebagai balasan, kami menawarkan platform untuk Toyota Gazoo Racing untuk menggunakan sepenuhnya dan seterusnya memajukan keupayaan kejuruteraan dalaman mereka,” tambahnya.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pasukan F1 MoneyGram Haas dan Toyota Gazoo Racing telah memeterai perjanjian asas untuk memasuki perkongsian teknikal seperti pembangunan kenderaan Haas,” kata presiden Gazoo Racing Firm Tomoya Takahashi pula.

“Dengan bersaing bersama Pasukan F1 MoneyGram Haas di kemuncak sukan permotoran, kami berhasrat untuk memupuk pemandu, jurutera dan mekanik sambil mengukuhkan keupayaan MoneyGram Haas F1 Workforce dan Toyota Gazoo Racing, dan kami ingin menyumbang kepada sukan permotoran dan industri automotif, ” tambah Takahashi lagi.

Dengan perjanjian yang berkuatkuasa serta merta ini, jentera VF-24 Pasukan F1 MoneyGram Haas yang dipandu oleh Kevin Magnussen dan Nico Hulkenberg bakal menampilkan brand TGR pada GP Amerika Syarikat 2024 hujung minggu ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles