11.3 C
New York
Wednesday, November 20, 2024

Kos cadangan pembinaan LPT3 di Kelantan dijangka meningkat menjadi RM9.8 bilion – Ahmad Maslan


Kos cadangan pembinaan LPT3 di Kelantan dijangka meningkat menjadi RM9.8 bilion – Ahmad Maslan

Perkembangan terkini mengenai cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong di Kota Bharu, Kelantan, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kos bagi projek terbabit dijangka meningkat kepada RM9.8 bilion berbanding kos yang dianggar pada 2009 sebanyak RM2.867 bilion.

Menurut beliau, peningkatan kos itu disebabkan mannequin pembiayaan yang digunakan bagi pembinaan lebuh raya itu adalah berdasarkan pulangan keuntungan melalui kutipan bayaran tol, laporan Bernama.

“Untuk LPT1, kosnya RM1.477 bilion dari Karak ke Jabor dan tol yang dikenakan hanya untuk penyelenggaraan. Untuk LPT2 yang dibuka pada 2015, kosnya RM4.37 bilion dari Jabor ke Kuala Telemong dan tol (dikenakan) 9.84 sen per kilometer (km), itu hanya untuk penyelenggaraan.

“Dengan lain perkataan, LPT1 dibuat sepenuhnya menggunakan wang kerajaan Persekutuan manakala LPT2 juga wang kerajaan Persekutuan. LPT3 yang dicadangkan ini pula ia adalah kaedah tol sepenuhnya, itu sebab kosnya RM9.8 bilion atau 60 sen per km dan kos (tol) hujung ke hujung RM70,” katanya menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) berhubung kaedah pembiayaan projek LPT3 pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menjawab soalan asal Shaharizukirnain berhubung keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berkenaan pembinaan LPT3, Ahmad berkata, pelaksanaan permintaan cadangan (RFP) bagi LPT3 sedang diteliti di Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS JPM).

Kos cadangan pembinaan LPT3 di Kelantan dijangka meningkat menjadi RM9.8 bilion – Ahmad Maslan

“Sekiranya dipersetujui jawatankuasa di UKAS JPM, cadangan RFP bagi projek LPT3 akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan kelulusan,” katanya.

Ditanya berhubung faktor yang menyebabkan kajian awal pada 2009 tentang jajaran lebuh raya tersebut perlu dikaji semula, Ahmad Maslan berkata ia bagi memperincikan semula jajaran dan kos bagi cadangan projek itu yang dicadang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta (PPP) melalui bidaan bersaing RFP.

“Mengambil kira tempoh kajian kemungkinan yang dilaksanakan sebelum ini iaitu 15 tahun yang lepas, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kerja awalan pada 2020 bagi memperincikan semula jajaran dan kos,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, projek pembinaan LPT3 akan menggunakan mannequin pembiayaan Bina, Kendali dan Pindah (BOT). Katanya, menerusi kaedah BOT, syarikat pemaju akan membuat pembiayaan pembinaan LPT3 melalui financial institution serta mendapatkan pulangan keuntungan melalui kutipan bayaran tol dan apabila selesai dalam suatu tempoh, projek dikembalikan kepada kerajaan.

KKR telah melaksanakan Kajian Kemungkinan LPT3 pada 2009 yang bertujuan untuk menentukan cadangan jajaran lebuhraya tersebut berdaya maju dari aspek teknikal mahupun ekonomi dengan kos projek pada waktu itu dianggarkan RM2.867 billion.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles