Perodua Gross sales Sdn Bhd (Perodua Gross sales) dan juga Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) bersama anak syarikatnya Gentari Sdn Bhd (Gentari) baru-baru ini telahpun menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui integrasi pelbagai perkhidmatan merentas dua jenama tersebut.
Bagi MoU pertama yang ditandangani, ia membabitkan kerjasama antara Perodua Gross sales dan Petronas Lubricants Advertising and marketing Sdn Bhd (PLMMSB), Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd (MESRA), dan Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), di mana Perodua akan menyediakan akses perkhidmatan baharu di pusat servis buat para pelanggannya.
Ini termasuk integrasi ciri pembayaran digital menerusi aplikasi Setel ke dalam aplikasi UFirst Perodua, menubuhkan fasiliti MESRA dipremis Perodua untuk kemudahan tambahan, serta pembukaan pusat servis Perodua di stesen-stesen Petronas terpilih.
PLMMSB sudah 20 tahun berkerjasama dengan Perodua dengan menjadi pembekal eksklusif minyak pelincir kenderaan kepada Perodua Gross sales sejak tahun 2004. “Kerjasama ini terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kami akan terus mengembangkan kerjasama ini untuk memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan setia kami,” kata Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
“Secara keseluruhan, MoU ini akan melancarkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat nasional untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami,” tambah Zainal.
“Selama lebih dua dekad, Petronas dan Perodua telah menjalinkan kerjasama erat yang membawa kualiti dan kebolehpercayaan kepada jutaan pemandu di seluruh negara. Kerjasama yang diperluaskan ini akan memperkukuhkan lagi komitmen bersama kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di setiap peringkat, daripada pelincir berkualiti tinggi kepada kemudahan digital dan keperluan harian.” katan Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan, Azrul Osman Rani pula.
Kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan diteruskan lagi selari dengan peralihan negara ke arah mobiliti hijau, di mana Perodua Gross sales dan PLMMSB menerusi Gentari akan bekerjasama untuk menyediakan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua sebagai persediaan kepada pengenalan kenderaan elektrik (EV) Perodua akan datang dan menyokong pelanggannya dalam peralihan kepada EV.
Untuk itu, persetujuan dicapai menerusi MoU kedua yang ditandatangani antara Perodua Gross sales dan Gentari melalui Gentari Inexperienced Mobility Sdn Bhd. Buat masa sekarang Perodua masih belum menjual sebarang mannequin elektrik penuh, namun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengesahkan bahawa Perodua kini sedang membangunkan EV yang akan dijual pada harga bawah RM100k, dan ia akan diperkenalkan pada hujung 2025.
“Kami menyambut baik visi Perodua untuk memperkenalkan EV mampu milik menjelang 2025. Gentari begitu teruja untuk bekerjasama dengan Perodua dalam usaha kami untuk memacu penggunaan mobiliti hijau di Malaysia. Dengan meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan pengecasan, Gentari mensasarkan untuk meningkatkan pengalaman pemandu EV Perodua masa hadapan, seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan mereka,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Inexperienced Mobility, Shah Yang Razalli.
“Inisiatif utama dalam kerjasama ini termasuklah pemasangan kemudahan pengecasan EV di pusat servis Perodua, terutamanya di stesen-stesen Petronas, menawarkan langganan pengecasan EV, penyelesaian pengecasan di rumah serta integrasi lancar dengan platform Gentari Go,” tambahnya.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.