6.7 C
New York
Thursday, November 28, 2024

Pelaksanaan sistem MLFF bukan suatu proses yang mudah, ada konsesi yang tak setuju – Menteri KKR


Pelaksanaan sistem MLFF bukan suatu proses yang mudah, ada konsesi yang tak setuju – Menteri KKR

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui bukan mudah untuk melaksanakan sistem pembayaran tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong atau Multi Lane Quick Move (MLFF) kerana terdapat isu yang dibangkitkan oleh syarikat konsesi lebuhraya sehingga ada yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem tersebut.

Walau bagaimana pun, katanya, tidak timbul pelaksanaan MLFF dipolitikkan atau dipolemikkan sebaliknya beliau mengakui prosesnya agak sukar. Justeru, pihaknya perlu mendengar segala pandangan termasuk keluh kesah syarikat konsesi bagi mencari penyelesaian tuntas, laporan Berita Harian.

“Di negara kita agak kompleks berbanding negara lain.. Mengapa? Ini kerana 33 lebuh raya yang kita ada kebanyakan, majoritinya dibangunkan pemaju dan mereka ini mendapat dana kewangan dari swasta. Mereka sendiri membayar sebab itu mereka diberi kuasa mengutip tol supaya dapat memulangkan balik pelaburan mereka.

Pelaksanaan sistem MLFF bukan suatu proses yang mudah, ada konsesi yang tak setuju – Menteri KKR

“Mereka ini masing-masing ada perjanjian untuk mengutip tol dan sebagainya. Konsep MLFF ini perlu menggabungkan mereka agar bersetuju untuk berada dalam satu lagi konsesi yang mengutip tol bagi pihak mereka. Di sini tidak ada persetujuan pandangan mereka. Kita kena dengar (permasalahan syarikat konsesi lebuhraya) kerana mereka ada komitmen masing-masing dan mereka sudah tandatangani perjanjian masing-masing. Mereka ini diberi kuasa untuk mengutip tol,” katanya.

Tambahnya, apabila ada syarikat konsesi yang tidak bersetuju, bagaimana pihak kerajaan hendak meletakkan mereka ini dalam satu kumpulan (konsesi baharu) untuk diselaraskan dengan satu syarikat tol seperti yang dilaksanakan di negara lain. Oleh sebab itu, proses tersebut menjadi agak rumit kerana pendekatan praktikal menjadikannya ia agak sukar diselesaikan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui Malaysia agak lewat melaksanakan MLFF jika dibandingkan dengan negara lain. Katanya, di negara lain, pelaksanaan sistem berkenaan cepat kerana majoriti pegangan ekuiti lebuhraya adalah dimiliki kerajaan sekali gus kerajaan lebih mudah mengarahkan syarikat konsesi berkenaan melaksanakan MLFF.

Pelaksanaan sistem MLFF bukan suatu proses yang mudah, ada konsesi yang tak setuju – Menteri KKR

“Tetapi di negara kita, take off (pelaksanaan) kita agak lewat, lambat kerana pada mulanya kita difahamkan… mana-mana pihak tidak berapa yakin dan berminat. Selepas itu, ada sebuah syarikat dalam dua tahun lebih (yang lalu) kemukakan cadangan di mana kerajaan ada tandatangan. Akhirnya dikemukakan Proof of Idea (POC) untuk dipertimbangkan.

“Oleh kerana perjanjian itu sampai bulan 12 ini, kita di peringkat kerajaan, kita biarkan dulu sehingga apabila kontrak ini tamat, perlulah kita nak lihat bagaimana kita nak perhalusi apa pun idea-idea yang lebih baik, apa idea-idea atau pun kaedah yang kerajaan atau Kementerian Kerja Raya (KKR) hendak melaksanakan MLFF ini tanpa ada masalah. Kita tak nak pengguna jalan raya akhirnya berdepan masalah,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terdapat 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya belum menyatakan persetujuan mengenai pelaksanaan MLFF. Katamya, buat masa ini, rundingan masih lagi berlangsung dengan semua syarikat konsesi dan keputusan mengenai penggunaan MLFF dijangka dimuktamadkan pada 16 Disember ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles