4.6 C
New York
Saturday, December 28, 2024

MG HS didedah untuk pasaran Malaysia – 1.5L Turbo, lawan Proton X70, harga dianggar RM130k-RM150k


MG HS didedah untuk pasaran Malaysia – 1.5L Turbo, lawan Proton X70, harga dianggar RM130k-RM150k

Serentak dengan pengenalan MG5, SAIC Motor Malaysia hari ini turut memperkenalkan sekali SUV segmen-C MG HS yang juga bakal dilancarkan di sini tak lama lagi. Mannequin ini akan hadir dalam versi diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas MG HS Normal dan juga varian tertinggi MG HS Lux, dan harga anggarannya pula bermula masing-masing dibawah RM130,000 hingga RM150,000.

Kedua-dua mannequin ini digerakkan dengan unit rangkaian kuasa yang sama iaitu menggandingkan enjin 1.5 liter turbo berkuasa 162 PS pada takat 5,600 rpm dan tork maksima 250 Nm bermula 1,700 rpm hingga 4,400 rpm, bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan yang memacu hanya roda hadapan.

Sama seperti Thailand dan Indonesia, kita di Malaysia masih menerima MG HS dalam versi generasi pertama, bukan mannequin generasi baharu yang didedahkan di Goodwood Pageant of Velocity bulan lalu. Dari segi saiz ia dihasilkan dengan dimensi 4,574 mm panjang, 1,876 mm lebar, 1,664 mm tinggi dengan jarak roda sejauh 2,720 mm.

MG HS didedah untuk pasaran Malaysia – 1.5L Turbo, lawan Proton X70, harga dianggar RM130k-RM150k

Jadi berbanding saingan sekelasnya iaitu Proton X70, MG HS ini adalah 48 mm lebih panjang, 45 mm lebih lebar serta jarak roda 50 mm lebih jauh. Mannequin ini juga menampilkan suspensi topang McPherson di hadapan bersama sistem multilink di belakang.

Pada sebelah luar MG HS Normal menerima kelengkapan seperti lampu hadapan LED automatik bersama lampu nyalaan siang, lampu belakang LED, cermin sisi Kawalan elektrik, rel bumbung, spoiler belakang dan juga rim aloi 17-inci.

Manakala MG HS Lux ditambah dengan bumbung suria panaromik, pintu tailgate belakang bantuan kuasa, pengelap Fermin hadapan dengan penderia hujan dan set roda ditingkat taraf dengan rim aloi 18-inci kemasan Diamond Reduce. Selain itu MG HS Lux ini turut boleh dikenali menerusi angku brek hadapan dan belakang yang serlahkan dengan kemasan merah.

MG HS didedah untuk pasaran Malaysia – 1.5L Turbo, lawan Proton X70, harga dianggar RM130k-RM150k

Manakala dalam kabin, MG HS Normal diberikan perincian termasuk upholsteri kulit hitam, tempat duduk hadapan Kawalan elektrik (6-hala pemandu, 4-hala penumpang), paparan instrumen analog dengan skrin pelbagai-info 7-inci, skrin infotainmen 10.1-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, dihubungkan kepada empat pembesar suara.

Mannequin asas ini juga diberikan sistem pendingin hawa zon tunggal dengan penapis udara PM 2.5 dan liang penghembus kabin belakang, dan juga empat port USB.

Untuk MG HS Lux pula bahagian dalamannya dipertingkat dengan paparan instrumen digital dengan skrin 12.3-inci, tempat duduk Sport, mod pemanduan Tremendous Sport, pedal penukar gear, enam-pembesar suara, lampu suasana 64-warna dan penghawa dingin dua zon.

Bagi sistem keselamatan, kedua-dua varian ini dibekalkan normal dengan enam-beg udara, kawalan kestabilan elektronik, kawalan brek ketika selekoh, Energetic Rollover Safety, bantuan mula mendaki, kawalan menurun cerun dan juga kamera undur.

Varian lebih tinggi MG HS Lux pula menerima kamera 360-darjah dan juga tambahan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) MG Pilot, menampilkan fungsi termasuk Amaran Pelanggaran Hadapan, cruise management adaptif, bantuan kesesakan trafik, Amaran dan Pengelak Keluar Lorong dan Bantuan Tukar Lorong, Pengesan Titik Buta, Amaran Pelangganra Belakang, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Amaran Bukaan Pintu.

Empat warna badan ditawarkan untuk pasaran Malaysia ini iaitu Dynamic Purple, Arctic White, Black Pearl dan Camden Gray. SAIC Motor Malaysia turut memberikan perlindungan waranti pengeluar selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan, bersama waranti berasingan untuk unit rangkaian kuasa (enjin dan transmisi) selama tujuh-tahun tapa had perbatuan.

Jika anda mahu melihat MG HS ini lebih dekat, ia akan dibawa untuk dipamerkan di bilik-bilik pameran MG iaitu 23 hingga 26 Ogos di Glenmarie dan Juru, 30 Ogos hingga 2 September di Cheras dan Chan Sow Lin, 6 hingga 9 September di Klang dan Setia Alam, 13 hingga 17 September di Plentong dan Skudai (Johor), dan 20 hingga 23 September di Seremban dan Melaka.

MG HS Normal

MG HS Lux

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles