7.1 C
New York
Monday, November 25, 2024

Malaysia sah anjurkan pusingan Autobacs Tremendous GT di Litar Sepang untuk musim 2025, 2026 dan 2027!


Malaysia sah anjurkan pusingan Autobacs Super GT di Litar Sepang untuk musim 2025, 2026 dan 2027!

Seperti yang telah didedahkan dalam kalender Autobacs Tremendous GT untuk musim hadapan yang telah disiarkan baru-baru ini, Malaysia telah disahkan bakal menganjurkan semula perlumbaan Autobacs Tremendous GT untuk musim hadapan. Dan menerusi majlis menandatangi perjanjian penganjuran acara tersebut di Putrajaya petang ini, perlumbaan itu bukan hanya diadakan di Litar Antarabangsa Sepang untuk musim 2025 sahaja, malah ia turut disahkan akan diadakan juga untuk musim 2026 dan 2027!

Perjanjian tersebut ditandatangi antara Haro Sports activities & Leisure sebagai pemegang hak dan promoter untuk pusingan Tremendous GT di Malaysia bersama GT Affiliation (GTA) sebagai pemegang hak perlumbaan Tremendous GT.

Perjanjian untuk menjadi tuan rumah perlumbaan dari 2025 hingga 2027 itu ditandatangani antara Rakan Pengurusan Haro Sports activities & Leisure Fahrizal Hasan dan Presiden dan CEO GTA Masaaki Bandoh, disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Yang Berhormat Khairul Firdaus Akbar Khan. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Petronas Sepang Azhan Shafriman Hanif dan Setiausaha Agung Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) S. N. Nanthan.

Untuk acara yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Petronas tahun hadapan, ia merupakan perlumbaan Tremendous GT musim 2025 pusingan ketiga, akan berlangsung pada 27 hingga 28 Jun. Ia merupakan satu-satunya pusingan Tremendous GT 2025 yang dilangsungkan diluar Jepun, dan yang pertama sejak 2019.

Malaysia sah anjurkan pusingan Autobacs Super GT di Litar Sepang untuk musim 2025, 2026 dan 2027!

Pusingan di Sepang ini sepatutnya berlangsung pada musim 2020 dalam format perlumbaan malam, namun ia terpaksa dibatalkan kerana Pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu. Sepang juga pernah menganjurkan perlumaan Tremendous GT ini bermula musim 2000 hingga 2013.

Sebanyak lapan pusingan perlumbaan dirancang untuk siri perlumbaan Tremendous GT bagi musim 2025 ini, bermula dengan pusingan pertama yang akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Okayama pada 12 hingga 13 April. Seperti biasa, pusingan di Malaysia ini dijangka akan menyajikan aksi berlainan dari perlumbaan-perlumbaan di Jepun bukan sahaja dilangsungkan dalam cuaca panas, malah ia boleh hujan tanpa dijangka.

“Saya amat berbesar hati kerana GTA, pasukan-pasukan dan pelumba-pelumba sekali lagi sebulat suara bersetuju untuk kembali ke Malaysia,” kata Fahrizal.

“Sebagai satu-satunya pusingan luar negara untuk Tremendous GT, Malaysia mempunyai kelebihan yang kukuh untuk meletakkannya sebagai destinasi Pelancongan Sukan pilihan bukan sahaja di peringkat serantau, tetapi di peringkat international. Oleh itu, perlumbaan di Malaysia ini bukan sahaja akan dipromosikan secara besar-besaran di dalam negara tetapi juga di seluruh rantau Asia dan seterusnya,” tambahnya lagi.

Fahrizal menyatakan bahawa pihaknya menjangkakan acara ini akan menarik sekurang-kurangnya 80,000 orang pengunjung sepanjang dua hari ia berlangsung. Perlumbaan ini akan terus dilangsungkan dengan persekitaran seperti karnival, jadi pengunjung bukan hanya datang untuk menyaksikan perlumbaan, malah boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik dan berinteraksi dengan pelumba dan pasukan kegemaran masing-masing.

Antaranya sesi sesi pit terbuka, pit stroll, grid stroll, circuit safari (pengunjung boleh melihat kereta lumba bergerak dalam litar dengan menaiki bas yang disediakan), dan pelbagai reruai jualan yang dibuka.

Secara tradisinya, Tremendous GT masih dilangsungkan dalam dua kategori iaitu GT500 dan GT300, di mana kedua-duanya dilangsungkan serentak, dilepaskan dengan cara rolling begin, serta setiap kereta perlu menampilkan dua orang pelumba.

Namun untuk mereka yang mungkin sudah lama tidak mengikuti perlumbaan ini, kereta-kereta GT500 terkini sudahpun dibina berdasarkan undang-undang FIA Class 1 Touring Automotive, iaitu undang-undang sama digunakan oleh kejohanan DTM yang berlangsung di Jerman.

Malaysia sah anjurkan pusingan Autobacs Super GT di Litar Sepang untuk musim 2025, 2026 dan 2027!

Oleh itu kesemua kereta lumba GT500 terbaharu kini menampilkan casis jenis spaceframe, menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder turbo dan memacu roda belakang. Tiga pengeluar automotif utama Jepun masih lagi berlumba dalam kategori ini iaitu Nissan dengan Z GT500, Toyota dengan GR Supra GT500 dan juga Honda dengan Civic Kind R GT.

Sementara untuk kategori GT300, kebanyakkan pasukan kini menggunakan jentera dalam spesifikasi FIA GT3 seperti Mercedes-AMG GT3, Nissan GT-R Nismo GT3 dan pelbagai lagi. Namun masih ada pasukan yang masih menggunakan jentera-jentera ‘Mom Chassis’ (MC), iaitu jentera lumba yang dibina berasaskan kereta-kereta produksi yang diambil dari bilik pameran, dan juga jentera yang dibina berdasarkan JAF-GT300.

Antara jentera MC GT300 yang akan bertanding termasuk GR Supra pasukan Inexperienced Courageous Racing yang dibina oleh salah satu pengedar Toyota di Jepun iaitu Saitama Toyopet, dan juga jentera yang menggunakan enjin boxer empat-silinder dalam perlumbaan ini iaitu Subaru BR-Z GT300 dibangunkan dengan spesifikasi JAF-GT300.

Sekali lagi diingatkan, perlumbaan Tremendous GT pusingan Malaysia akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Petronas pada 27 hingga 28 Jun 2025. Namun jualan tiketnya masih belum dibuka, dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles