5.3 C
New York
Monday, November 25, 2024

ACE 2024: Dekati Mitsubishi Xpander facelift terbaru — dua varian ditawarkan, bermula dari RM99,980


ACE 2024: Dekati Mitsubishi Xpander <em>facelift</em> terbaru — dua varian ditawarkan, bermula dari RM99,980

Jika anda menantikan tawaran menarik dan promosi hujung tahun untuk membeli kenderaan, tidak ada acara yang lebih tepat untuk dikungjungu selain Auto Automobile Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro yang bakal berlangsung di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC) pada 26-27 Oktober ini.

Mitsubishi merupakan antara jenama yang akan terlibat, dengan mempamerkan Xpander facelift yang baru saja dilancarkan untuk didekati pengunjung. Dengan wajah depan baru, MPV berkenaan juga kini mengenakan rim dengan saiz yang lebih besar, 17-inci.

Ruang kabinnya juga diberikan kemaskini dengan rekaan papan pemuka lebih lurus dan ringkas serta kemasan kulit coklat buatan pada bahagian panel pintu. Stereng juga menerima rekaan baru, dengan kawalan pendingin digital, ada brek parkir elektronik serta skrin sentuh sembilan-inci untuk sistem infotainmen yang turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Untuk enjin, ia menggunakan unit 4A91 1.5-liter NA empat-silinder DOHC MIVEC sebaris petrol yang menjana 105 PS dan 141 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

Harga Xpander bermula dari RM99,980 atas jalan tidak termasuk insurans untuk varian paling asas, sementara varian paling tinggi Plus dengan harga RM109,980. Ini merupakan harga pengenalan yang sah sehingga 31 Disember 2024.

ACE 2024: Dekati Mitsubishi Xpander <em>facelift</em> terbaru — dua varian ditawarkan, bermula dari RM99,980

Jenama lain yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Ford serta good dan eMas yang diuruskan oleh Professional-Internet.

Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama good dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

Pengunjung ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

Tidak ketinggalan, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles