3.3 C
New York
Saturday, November 23, 2024

Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan


Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 hari ini. Kami akan memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan yang terangkum di dalamnya dan membawakan kemaskini semasa di sini.

Antara topik yang dijangka akan disentuh ialah penyelarasan semula subsidi petrol RON 95, yang masih ditunggu perkembangan terbaru pelaksanaannya dan adakah ia akan sama seperti pendekatan ke atas diesel Jun lalu. Ini perkara paling utama.

Ada juga penganalisa yang membayangkan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan ada kemungkinan itu berlaku bagi memperluaskan hasil cukai negara. Namun PM menegaskan tidak ada juga perancangan untuk pelaksanaan semula cukai tersebut dalam masa terdekat.

Juga kemungkinan pengumuman berkaitan Cukai Barangan Mewah (HVGT), walaupun masih belum diketahui perinciannya secara tepat. Sebelum ini, cukai berkenaan sepatutnya mula dilaksanakan Mei lalu dengan had RM200,000 untuk kereta dengan kadar antara 5%-10%, namun itu ditangguhkan.

Ikuti kemaskini secara langsung Belanjawan 2025 di sini.

Senarai perkara terbabit adalah seperti berikut:

    Subsidi bersasar RON95

  • Kerajaan bakal melaksanakan subisidi bersasar bagi RON95 menjelang pertengahan 2025 dan tidak akan memberi kesan kepada 85% warga Malaysia. Pelaksanaan ini akan menjimatkan RM8 bilion perbelanjaan negara, dan kerajaan masih akan menanggung RM12 bilion subsidi bahan api itu.
  • Pendapatan jualan Nombor Plat Khas (NPK)

  • Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan untuk menyalurkan bantuan tiga kelompok golongan susah: program MyLesen yang akan memanfaatkan 15,000 orang belia; tiket penerbangan untuk 60,000 mahasiswa Sabah, Sarawak; dan mengedarkan 67,000 unit helmet percuma.
  • MyDigital ID

  • Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal kerajaan yang akan turut digunakan untuk sebarang urusan JPJ, PADU dan juga LHDN.
  • Cukai EV

  • Tiada sebarang kenyataan berkaitan lanjutan cukai untuk EV yang bakal tamat pada 2025 nanti. Ini bermakna, pengecualian terbabit akan berakhir mengikut tempoh seperti dinyatakan sebelum ini. Bermula 2026, hanya EV CKD akan bebas cukai. Cukai jalan EV percuma juga akan berakhir pada 2025.
  • Penambahbaikan jalan raya

  • RM2.8 bilion ringgit disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, terdiri daripada RM1 bilion ringgit dikhaskan untuk segera membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan FELDA dan jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir.
  • RM450 juta dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat berbanding RM300 juta tahun ini.
  • Untuk jalan negeri, RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan.
  • RM178 juta bagi memasang lampu-lampu jalan baru dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara.
  • RM30 juta untuk terus memanfaat peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.
  • Kerajaan bersetuju memasang Excessive Velocity Weight in Movement di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Be taught extra:



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles