7.8 C
New York
Sunday, December 29, 2024

Continental MaxContact MC7 tayar prestasi khas Asia Pasifik; lebih senyap, cengkaman basah lebih baik


Continental MaxContact MC7 tayar prestasi khas Asia Pasifik; lebih senyap, cengkaman basah lebih baik

Tayar Continental MaxContact MC7 sudahpun dilancarkan ke pasaran Malaysia pada April lalu. Penawaran tayar prestasi tinggi ini telah melengkapkan siri Generasi 7 dalam barisan produk jenama tayar dari Jerman tersebut, yang terdiri dari SportContact 7, Extremely Contact UC7 serta ComfortContact CC7.

Dalam hierarki produk tayar Continental, MaxContact MC7 ini merupakan tayar prestasi tinggi yang diletakkan satu anak tangga di bawah tayar prestasi tinggi extremely (UHP) SportContact 7. Satu lagi fakta yang perlu anda tahu, MaxContact MC7 ini adalah tayar yang dihasilkan khas untuk pasaran Asia Pasifik.

Walau bagaimanapun ini bukan bermakna MaxContact 7 ini merupakan produk ‘kelas kedua’, dan ia masih lagi dalam kategori premium. Continental mensasarkan kegunaan MaxContact 7 ini untuk model-model bermula sedan segmen-C seperti Honda Civic, kepada mannequin sport seperti Mercedes-AMG A45S sehingga mannequin mewah seperti Mercedes-Benz S-Class.

Sebab itulah saiz rim paling kecil yang boleh dimuatkan dengan MaxContact MC7 ini adalah 16-inci, dan paling besar adalah 21-inci. Malah sebelum ini Continental turut telah memadankan tayar MaxContact MC7 ini pada Brabus 750 Bodo Buschmann Version 1 yang dibekalkan dengan kuasa 750 hp dan tork maksima 900 Nm, dan ia boleh memberikan prestasi maksima tanpa masalah.

Continental MaxContact MC7 tayar prestasi khas Asia Pasifik; lebih senyap, cengkaman basah lebih baik

Dan bagi membuktikan prestasi sebenar tayar terbaharu ini, Continental Malaysia telah mengadakan sesi pandu uji di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini, yang bukan sahaja dibuka untuk pengedar dan pelanggannya, malah turut menjemput sekumpulan media.

Empat ujian yang disediakan pada sesi kali ini iaitu ujian brek pada laluan basah, ujian pengendalian di selekoh basah, ujian pengedalian laluan kering dan juga ujian cengkaman atas litar slalom. Dan untuk semua ujian ini, Continental telah menggunakan sepenuhnya model-model dari Mercedes-Benz serta model-model prestasi sebenar Mercedes-AMG.

Untuk ujian brek pada permukaan basah, penulis telah memilih untuk menguji menggunakan sedan sport Mercedes-AMG C43. Dalam ujian ini, penulis dapat memberhentikan kereta yang mencapai kelajuan hampir 100 km/j tersebut dalam jarak 33 meter pada permukaan jalan basah. Manakala dalam ujian menggunakan kereta sama terapi menggunakan tayar dari jenama pesaing, penulis hanya dapat menghentikan kereta berkenaan dalam jarak 37 meter, atau 5 meter lebih jauh.

Manakala dalam ujian pengendalian permukaan basah pula, ujian dibuat menggunakan SUV prestasi Mercedes-AMG GLA35 di selekoh kedua Litar Antarabangsa Sepang, di mana selekoh tersebut sememangnya mencabar bukan sahaja kerana sudutnya yang tajam, malah ia turut dalam keadaan menurun bukit.

Pada selekoh tajam yang dibasahi oleh air tersebut, GLA35 yang dilengkapi tayar MaxContact MC7 ini masih boleh melekat seperti rel dalam kelajuan 60 km/j. Manakala untuk mannequin sama yang dilengkapi tayar pesaing, ia sudah mula terasa sedikit understeer pada selekoh yang sama pada kelajuan sama.

Ada beberapa perincian baharu pada tayar MC7 ini bagi membolehkannya mencapai prestasi yang begitu baik dalam keadaan basah. Jika anda lihat pada bunga tayar, terdapat alur-alur halus dengan bentuk yang unik di mana ia dapat dihasilkan dengan proses pemotongan laser 3D.

Alur-alur berbentuk kilat, bintang dan juga alur sisi yang dikenali sebagai Aquasipes itu mampu untuk ‘memotong’ air dalam pelbagai sudut berbeza seterusnya memberikan pengendalian dan prestasi membrek yang baik diatas permukaan basah, dakwa Continental.

Bukan itu sahaja, ia juga dibantu dengan penggunaan materials yang dikenali sebagai Reflex Compound sebagai binaan asas tayar ini. Dalam keadaan kering, teknologi polimer termaju dalam ReFlex Compound ini akan mengurangkan kehilangan tenaga ketika ia dipandu, tetapi teknologi pengubah haba pada kompaun tersebut akan diaktifkan ketika membrek seterusnya memberikan jarak pemberhentian yang lebih pendek.

Manakala teknologi silika pula akan menambahbaik interaksi bahan pengisi, bagi memberikan cantuman polimer lebih kuat yang menghasilkan cengkaman lebih tinggi dalam permukaan basah.

Seterusnya dalam ujian pengendalian kering yang buat bermula dari T3 hingga T6 di Litar Sepang ini bukan hanya memberikan penulis yang memandu Mercedes-Benz E350e merasa cengkaman dalam laluan kering pada selekoh laju, tetapi turut mendedahkan bahawa tayar ini masih lagi senyap pada kelajuan tinggi walaupun ia dihasilkan sebagai tayar prestasi tinggi.

Ini adalah kerana MaxContact MC7 ini diberikan Noise Breaker 3.0 iaitu rekaan unik pada alur utama bunga tayar yang mampu ‘memecahkan’ frekuensi bunyi dari tinggi kepada rendah bagi mengelakkan bunyi dari tayar masuk ke kabin.

Akhir sekali adalah ujian cengkaman atas litar slalom – untuk ujian ini penganjur menyediakan hadiah untuk sesiapa yang mencatatkan masa di atas litar Gymkhana ringkas yang disediakan bagi menggalakkan semua orang ‘membelasah’ tayar tersebut seterusnya membuktikan bahawa ia memberikan prestasi lebih baik.

Dua buah Mercedes-AMG disediakan dalam ujian ini iaitu CLA45S dan juga A35 sedan. Dalam ujian yang dilakukan fokus untuk pemanduan laju pada litar sempit ini agak sukar untuk menyatakan karekter tayar MaxContact MC7 ini berbanding pesaingnya. Namun dapat dilihat dengan jelas, hampir kesemua orang mencatatkan masa yang lebih pantas dengan tayar Continental ini berbanding kereta yang menggunakan jenama pesaing.

Menurut Continental antara perincian yang membolehkan tayar MC7 ini memberikan kelajuan yang lebih tinggi ketika meredah selekoh adalah kerana rekaan blok makro yang diberikan. Blok berkenaan dihasilkan pada bunga sebelah dalam tayar bersama bar penstabil pada bunga sebelah luar.

Rekaan ini dapat mengekalkan bentuk bunga walaupun tayar tersebut sedang dibelasah ketika mengambil selekoh, seterusnya memberikan pengendalian dan cengkaman membelok lebih baik, serta respon dan ketepatan Kawalan stereng yang lebih dinamik, dakwa Continental.

Sebagai kesimpulannya, Continental MaxContact MC7 ini adalah antara tayar yang memberikan prestasi terbaik tak kira kering atau basah dalam kelasnya, dalam masa yang sama masih lagi menghasilkan bunyi yang rendah untuk keselesaan ketika memandu. Jadi sekiranya anda sedang mencari tayar dengan karekter sebegini, mungkin MC7 adalah tayar yang perlu anda cuba selepas ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles