-2.4 C
New York
Friday, December 13, 2024

Geely kini di Thailand, Indonesia & Australia – apa jadi rancangan guna Proton untuk pasaran RHD & ASEAN?


Geely kini di Thailand, Indonesia & Australia – apa jadi rancangan guna Proton untuk pasaran RHD & ASEAN?

Menerusi SUV EV Geely Galaxy E5 (atau dikenali sebagai EX5 untuk pasaran luar China), kembar Proton eMas 7 yang dihasilkan terus dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dan pemanduan sebelah kanan (RHD), Geely kini nampaknya secara agresif mula meneroka pasaran-pasaran baharu.

Ia termasuk mengesahkan kehadirannya dipasaran Australia, dan terbaharu New Zealand dengan perjanjian yang telah dimuktamadkan bersama Giltrap Group baru-baru ini, di mana EX5 dijangka akan dilancarkan pada pasaran tersebut pada separa pertama 2025. Manakala untuk pasaran Thailand, SUV itu juga telah dilancarkan di Thailand Motor Expo 2024 yang sedang berlangsung sekarang.

Dengan langkah yang dibuat oleh Geely ini nampaknya ia agak kontra dengan apa yang disebut ketika peringkat awal kerjasamanya dengan Proton pada 2017 dahulu. Ini kerana ketika itu Pengerusi Zhejiang Geely Holding, Li Shufu berkata daripada segi posisi jenama, Proton disasarkan untuk ASEAN, sedangkan Geely tiada perancangan untuk menembusi pasaran ini menerusi jenama mereka sendiri – ia akan kekal di pasaran Asia lain seperti di China.

Geely kini di Thailand, Indonesia & Australia – apa jadi rancangan guna Proton untuk pasaran RHD & ASEAN?

Malah Geely sebelum ini menyatakan bahawa ia turut mahu menggunakan Proton untuk menjadi hab model-model RHD dan masuk ke pasaran-pasaran tersebut, serta mahu menyokong Proton untuk menjadi jenama automotif nombor tiga paling besar di rantau ASEAN.

Namun apa yang sebaliknya berlaku, Geely kini mula masuk ke dua pasaran terbesar di ASEAN iaitu Thailand dan Indonesia, yang sudah tentu akan menyebabkan sasaran asal Proton berkenaan sukar untuk dicapai. Langkah Geely untuk masuk ke pasaran Australia juga agak menghairankan kerana Proton sudah sedia ada mempunyai warisan sejarahnya di sana dengan model-model common seperti Proton Jumbuck dan Satria GTi sebelum ini.

Malah ada juga khabar yang sedang bertiup kencang bahawa Geely turut merancang untuk masuk ke pasaran Afrika Selatan, iaitu pasaran eksport yang telah diteroka semula oleh Proton buat masa sekarang.

Geely kini di Thailand, Indonesia & Australia – apa jadi rancangan guna Proton untuk pasaran RHD & ASEAN?

Satu perkara yang boleh dibanggakan adalah talaan trip and dealing with untuk Geely EX5 untuk pasaran world sebenarnya menggunakan talaan sama yang dibuat oleh Proton terhadap mannequin eMas 7. Namun nampak macam mustahil untuk perkara ini akan disebut oleh Geely bagi menjual EX5 pada pasaran-pasaran berkenaan.

Mungkin langkah ini diambil oleh Geely kerana pertumbuhan Proton dilihat lebih lambat dari yang dijangka. Namun dari sudut lain, Geely mungkin mahu mengetengahkan jenamanya sendiri. Ini kerana ketika peringkat awal kerjasama Geely-Proton, reputasi jenama-jenama China pada pasaran world masih lagi rendah.

Tetapi sejak kebelakangan ini beberapa jenama China seperti Chery dan BYD sudahpun menonjol dipersada dunia, manakala Geely masih lagi kurang dikenali di luar China walaupun sudah menjadi pemilik banyak jenama-jenama terkenal seperti Volvo dan Lotus. Jadi dengan langkah lebih agresif masuk ke pasaran-pasaran RHD, usaha Geely untuk memperkenalkan jenamanya secara lebih meluas mungkin akan berjaya.

Geely kini di Thailand, Indonesia & Australia – apa jadi rancangan guna Proton untuk pasaran RHD & ASEAN?

Walau bagaimanapun, Proton dilihat masih tidak berputus asa untuk meneroka pasaran-pasaran eksport bagi membolehkan ia menjual lebih banyak kenderaan selain hanya bergantung sepenuhnya pada pasaran tempatan. Buat masa sekarang Proton sedang membina model-model rekaannya sendiri bagi menggantikan model-model tempatan seperti Saga, Persona dan Iriz.

Peringkat awalan pembinaan model-model berkenaan dibuat di fasiliti R&D baharunya yang terletak di Teluk Hold Zhou, berhampiran dengan Ibu Pejabat Geely bagi memudahkan ia berkongsi sumber dan pengetahuan dengan Geely. Agak menarik untuk dilihat selepas ini sama ada model-model asli rekaan Proton berkenaan akan dijual di pasaran luar dengan jenama Proton, atau ia mungkin di’rebadge’ oleh Geely untuk dijual dalam pasaran seperti Thailand dan Indonesia.

Apa pula pendapat anda? Adakah Proton masih boleh bangkit semula untuk kembali ke pasaran-pasaran utama seperti UK dan Eropah, atau ia terus akan hanya akan bergantung pada pasaran tempatan untuk tempoh lebih lama? Kongsikannya bersama kami pada ruang komen di bawah atau pada laman-laman sosial kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles