11.6 C
New York
Wednesday, November 20, 2024

Honda Civic Coupe EJ8 1996 USDM – spesis terancam dari Amerika Syarikat kini di Selatan Tanah Air


Honda Civic Coupe EJ8 1996 USDM – spesis terancam dari Amerika Syarikat kini di Selatan Tanah Air

Kalau anda ingat lagi permainan video Want For Velocity:Underground, Honda Civic generasi ke-enam dalam permainan tersebut agak berbeza dengan apa yang kita dapat di Malaysia. Civic berkenaan masih mempunyai however belakang seperti sedan, tetapi hanya mempunyai dua pintu utama seperti hatchback.

Ya, Civic dalam permainan video itu adalah dari versi badan Coupe seperti Proton Putra, dan ia dihasilkan khas untuk pasaran Amerika Utara. Honda sebenarnya mula menawarkan Civic dalam badan Coupe ini bermula pada mannequin generasi ke-lima, seperti yang anda boleh lihat dalam filem pertama The Quick and the Livid di mana Dominic Toretto menggunakan tiga buah Civic Coupe (generasi kelima) tersebut untuk merompak lori.

Untuk dua generasi pertama iaitu generasi ke-lima dan ke-enam, Civic Coupe ini turut ada ditawarkan dalam jumlah yang kecil di pasaran Jepun dan Eropah. Tetapi bermula Civic generasi ke-tujuh, Civic Coupe ini hanya boleh ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada. Namun malangnya Honda hanya menghasilkan Civic Coupe ini sehingga generasi ke-10, dan ia tidak lagi ditawarkan pada Civic generasi ke-11 yang ada sekarang.

Honda Civic Coupe EJ8 1996 USDM – spesis terancam dari Amerika Syarikat kini di Selatan Tanah Air

Baik, cukup sudah sedikit sebanyak latar belakang berkenaan Civic Coupe ini. Dan yang anda lihat dalam artikel ini adalah Civic Coupe 1996 sebenar yang dipasang di kilang Honda di Ohio, Amerika Syarikat, masih dalam konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD), dan sekarang dimiliki oleh Joe yang menetap di Johor Bahru!

Menurut Joe, dia adalah pemilik keempat Civic ini selepas ia mendarat dan didaftarkan di Malaysia pada tahun 2004. Namun Joe tidak mengetahui secara terperinci bagaimana Civic berkenaan boleh sampai ke Malaysia.

Civic Coupe dengan kod casis EJ8 ini bukanlah dari varian tertinggi Si yang datang dengan enjin B16A 1.6 liter DOHC VTEC, tetapi ia dari varian EX yang dibekalkan dengan enjin D16Y8 1.6 liter SOHC VTEC berkuasa 130 PS dari kilang. Namun ia kini telahpun menerima unit rangkaian kuasa yang jauh lebih berkuasa iaitu enjin B18C 1.8 liter DOHC VTEC berkuasa 200 PS dan tork maksima 176 Nm.

Honda Civic Coupe EJ8 1996 USDM – spesis terancam dari Amerika Syarikat kini di Selatan Tanah Air

Isi perut enjin berkenaan pernah dirombak rawat untuk menjadikannya seperti baharu termasuk menukar semua gegelang omboh dan gasket, tetapi masih lagi dalam keadaan customary kecuali penggunaan galas-galas utama aci engkol dari ACL.

Antara pengubahsuaian yang dibuat hanyalah sistem ekzos telah menggunakan extractor 4-2-2-1 bersama muffler lebih besar, penggunaan sistem pengambilan udara aftermarket dengan penuras jenis open pod dan ram udara gentian karbon, cip P30 dalam ECU asal diperkemas dengan talaan baharu serta unit radiator aloi dari SARD.

Enjin tersebut datang sekali dengan kotak gear guide lima-kelajuan S80 dari Kind R DC2 yang lengkap dengan LSD dari kilang, hanya plat klac asal ditukar menggunakan set Tremendous Single dari Ogura.

Honda Civic Coupe EJ8 1996 USDM – spesis terancam dari Amerika Syarikat kini di Selatan Tanah Air

Walaupun agak sukar untuk dipandu, Civic ini masih kekal dalam konfigurasi LHD selama berada di Malaysia. Jadi papan pemukanya masih kekal, tetapi komponen yang boleh dipasang secara plug and play dari Civic Kind R EK9 (yang hanya dihasilkan dalam versi JDM pemanduan sebelah kanan) seperti panel meter, konsol tengah dan sebagainya telah disalin pada Coupe ini.

Begitu juga dengan komponen-komponen dalaman lain seperti panel pintu, karpet kaki merah dan tombol gear titanium. Ia juga kini menggunakan tempat duduk semi-bucket OEM Civic Kind R EK iaitu Recaro SR3, tetapi dibalut dengan upholsteri hitam berbanding merah. Manakala roda stereng asal kini telah ditukar dengan Momo Monte Carlo balutan kulit.

Proses restorasi turut dibuat pada bahagian luar Civic Coupe ini. Lampu hadapan dan belakang, getah-getah cermin dan pintu kini semuanya baharu, manakala bonet hadapan kini menggunakan komponen yang diperbuat dari gentian karbon. Ia juga menerima komponen yang diambil dari spesifikasi Civic Coupe Si iaitu cermin sisi dan juga spoiler belakang.

Badan kereta ini pula telah dilayangkan dengan warna oren yang diambil dari katalog Porsche 911 GT3. Rupa keseluruhannya dilengkapkan dengan penggunaan rim aloi solid Rays Gramlight 57C 16-inci asli dari Jepun yang dibalut dengan tayar ‘perang’ Yokohama Advan Neova AD08 R bersaiz 205/45R16.

Menurut Joe, kebanyakkan kerja restorasi Civic ini termasuk proses overhaul enjin, mengecat badan dan mencari alat-alat ganti yang tidak dijual di kedai-kedai alat ganti tempatan dibuat oleh pemilik keduanya di Malaysia.

Dia turut mengakui untuk kereta ini di Malaysia juga agak mencabar, terutamanya ketika mahu membayar parkir atau tol menggunakan kad contact n go, serta sukar untuk memotong sekiranya memandu pada jalan satu lorong kerana pemandu tidak nampak trafik yang datang dari arah hadapan.

Honda Civic Coupe EJ8 1996 USDM – spesis terancam dari Amerika Syarikat kini di Selatan Tanah Air

Malah Civic ini turut tidak pernah dipandu menyeberang Tambak Johor, kerana ia memerlukan allow khas dari kerajaan Singapura bagi membolehkan kereta luar LHD dipandu di republik tersebut.

Dari segi nilai, sudah tentulah Civic dalam badan Coupe yang seksi ini sangat uncommon bukan sahaja di Malaysia, malah di negara rantau Asia yang lain (kecuali Jepun) kerana ia memang tidak pernah dijual secara rasmi oleh Honda. Sehingga kini Joe masih belum menerima tawaran untuk membeli kereta ini, namun dia memberi nilaian bahawa Civic Coupe ini boleh dijual pada harga sekitar RM90,000.

Agak munasabah juga harga yang diletakkan oleh Joe ini, kerana sebelum ini ada Civic EK Hatchback yang disalin dengan enjin dan komponen Kind R pernah dijual pada harga melebihi RM100k. Anda pula rasa bagaimana?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles