4 C
New York
Friday, November 22, 2024

Jentera F1 Mercedes W15 E guna livery khas rai ulangtahun ke-50 Petronas di GP Singapura minggu ini


Jentera F1 Mercedes W15 E guna livery khas rai ulangtahun ke-50 Petronas di GP Singapura minggu ini

Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas bakal menampilkan grafik badan istimewa pada jentera lumba W15 E Efficiency dalam perlumbaan Grand Prix Singapura hujung minggu ini, bagi meraikan ulangtahun ke-50 penaja utamanya iaitu syarikat petroleum nasional Malaysia, Petronas.

Livery perlumbaan berkenaan menampilkan warna rasmi Petronas iaitu Hijau Emerald bagi menggantikan warna Perak ikonik jentera lumba Mercedes bermula dari ‘muncung’ kereta tersebut sehingga ke bahagian pod sisi di mana terletaknya skrip Petronas.

Juga terdapat emblem Pertronas dengan grafik sambutan 50 tahun syarikat itu diletakkan pada kereta lumba ini seperti pada bahagian hadapan dan juga di bahagian bawah panel sisi sayap belakang.

Jentera F1 Mercedes W15 E guna livery khas rai ulangtahun ke-50 Petronas di GP Singapura minggu ini

Petronas menjadi penaja utama untuk Mercedes-AMG selepas pasukan itu mula berlumba semula dalam System 1 pada 2010. Kerjasama berkenaan membawa kepada kejayaan besar di mana pasukan Mercedes-AMG Petronas berjaya merangkul tujuh gelaran juara dunia untuk pemandu dan lapan gelaran juara pengeluar ketika period hibrid F1 dari 2014 hingga 2021. Manakala untuk jentera W15 E sedia ada, ia sudahpun memenangi tiga perlumbaan dalam kejohanan F1 musim ini.

Dengan perlumbaan yang berlangsung hanya di seberang Tambak Johor, prinsipal pasukan Toto Wolff dan juga kedua-dua pemandu pasukan ini iaitu Lewis Hamilton dan George Russell bakal bertandang ke Malaysia pada minggu hadapan bagi meraikan ulangtahun setengah abad ini.

“Kami berharap dapat meneruskan hubungan ini untuk tahun-tahun yang akan datang, dan dengan cabaran yang menarik di hadapan seperti pengenalan bahan api mampan pada 2026. Oleh itu, livery ini bukan sahaja untuk menyambut sambutan ulang tahun ke-50 Petronas, tetapi mencerminkan kepentingan Petronas dalam sejarah pasukan kami dan mengenang perjalanan ini bersama-sama,” kata Wolff.

Jentera F1 Mercedes W15 E guna livery khas rai ulangtahun ke-50 Petronas di GP Singapura minggu ini

“Sejak saya menyertai pasukan pada 2013, Petronas sentiasa berada di sana setiap langkah. Mereka telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan yang kami nikmati dan telah membantu saya untuk memenangi enam gelaran juara dunia untuk pemandu. Oleh itu, adalah satu keistimewaan untuk meraikan peristiwa penting ini, dan perjalanan kita bersama-sama, pada perlumbaan yang begitu penting,” kata Lewis Hamilton.

Musim ini merupakan penampilan terakhir untuk Hamilton dalam pasukan Mercedes-AMG sebelum berpindah ke pasukan Ferrari musim hadapan. “Livery ini kelihatan luar biasa. Saya tidak sabar untuk melihatnya di dalam kereta di garaj esok dan kemudian untuk berada dikokpit pemandu pada hari Jumaat,” tambahnya lagi.

“Sebagai rakan kongsi utama dan teknikal, Petronas adalah penting untuk semua yang kami lakukan di litar. Hebat untuk menyedari kepentingan hubungan ini pada perlumbaan yang paling dekat dengan tempot asalnya,” kata George Russell pula.

“Saya juga tidak sabar untuk ke Malaysia minggu depan untuk meneruskan sambutan. Ia sentiasa hebat untuk melawat Menara Petronas di Kuala Lumpur dan bertemu dengan ramai orang yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat sejak 50 tahun yang lalu dan akan terus melakukannya hingga 50 tahun akan datang,” tambahnya lagi,

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles