-2.8 C
New York
Tuesday, December 24, 2024

Neta V terima penarafan sifar bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP – EV pertama diuji


Neta V terima penarafan sifar bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP – EV pertama diuji

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini mengumumkan bahawa mannequin EV Neta V yang diuji di makmal MIROS PC3 di Melaka baru-baru ini menerima penarafan sifar bintang. Menurut badan berkenaan, Neta V bukan sahaja EV pertama yang diuji, malah ia juga merupakan mannequin pertama yang menerima sifar bintang di bawah protokol ujian ASEAN NCAP 2021-2025 yang lebih ketat.

Neta V hanya ditawarkan dalam satu varian untuk mannequin yang dijual di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Thailand. Dalam ujian berkenaan ia menerima markah keseluruhan 28.55, terdiri dari kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dengan 7.89 markah, Perlindungan Penumpang kanak-kanak (COP) dengan 13.51 markah, Bantuan Keselamatan (SA) dengan 7.14 markah dan Keselamatan Penunggang Motosikal dengan sifar markah.

Mannequin yang dijual pada pasaran ASEAN ini hanya menerima dua beg udara, pengingat pemakaian tali pinggang keledar hanya untuk pemandu, sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) sebagai ciri customary.

Neta V terima penarafan sifar bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP – EV pertama diuji

Dalam ujian pelanggaran offset hadapan, ASEAN NCAP memaklumkan bahawa mannequin ini menerima markah sifar kerana memberikan perlindungan yang lemah kepada pemandu pada bahagian kepala, leher, dada dan kaki kanan. Penumpang hadapan juga menerima perlindungan yang lemah kerana struktur badan kereta yang lemah dan tali pinggang keselamatan yang tidak mempunyai sistem pre-tensioner dan pengehad beban.

Ini telah menyebabkan risiko kecederaan yang lebih tinggi kepada patung ujian kerana ia mengakibat sentuhan terhadap roda stereng dan juga beg udara. Namun dalam ujian pelanggaran sisi. Neta V menerima markah 6.31 daripada 8.00 markah di mana patung ujian menerima sedikit perlindungan pada bahagian dada.

ASEAN NCAP juga menyatakan bahawa Neta V menerima markah yang rendah untuk Sistem Kekangan Kanak-kanak (CRS). Ini kerana walaupun ia diberikan cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix dan penambat sebelah atas, ia sukar untuk dipasang dengan separuh dari senarai tempat duduk kanak-kanak yang disyorkan oleh ASEAN NCAP.

Antara penyebab mengapa Neta V ini menerima penarafan sifar bintang adalah kerana ia juga tidak menerima sistem bantuan pemanduan keselamatan sepert brek kecemasan automatik (AEB), amaran pelanggaran hadapan, bantuan kekal lorong dan amaran keluar laluan. Ia juga tidak dilengkapi dengan teknologi pemantau titik buta yang penting untuk perlindungan penunggang motosikal, tiada bantuan lampu tinggi serta tidak mempunyai pelindung pejalan kaki.

Kami adalah antara media yang dijemput ketika ujian pertama terhadap Neta V ini dibuat iaitu ujian pelanggaran sisi pada bulan lalu. Dalam ujian pertama untuk EV ini ketika itu, ASEAN NCAP menyatakan bahawa pihaknya turut akan membuat pengesanan kebocoran arus elektrik selepas setiap kali ujian ini dibuat. Namun tiada sebarang perincian berkenaan perkara itu dalam laporan yang baru diumum pagi ini, dan ini mungkin kerana tiada sebarang kebocoran arus elektrik dikesan selepas ujian berkenaan.

Neta V dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2023. Ia adalah EV yang paling murah ditawarkan dalam pasaran buat masa sekarang iaitu RM100,000 – ia mungkin lebih murah sekiranya tiada larangan dari kerajaan yang menetapkan harga lantai EV di Malaysia buat masa sekarang hingga hujung tahun depan adalah RM100k.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles