6.4 C
New York
Wednesday, November 27, 2024

Nissan dalam krisis kewangan, mungkin hanya boleh bertahan 12-14 bulan; pelabur yang stabil diperlukan


Nissan dalam krisis kewangan, mungkin hanya boleh bertahan 12-14 bulan; pelabur yang stabil diperlukan

Pelbagai berita berkenaan Nissan kita dengar kebelakangan ini. Jenama automotif Jepun itu dilaporkan mahu mengurangkan sehingga 9,000 pekerjanya di seluruh dunia bagi membolehkan ia bertahan dalam situasi krisis kewangan yang dihadapi sekarang. Dan berita terbaharu yang dilaporkan oleh Monetary Instances menggambarkan bahawa Nissan mungkin hanya boleh bertahan sekitar setahun sebelum ia sekali lagi berhadapan dengan kemuflisan.

“Kami hanya ada masa sekitar 12 atau 14 bulan untuk bertahan,” kata seorang pegawai kanan yang rapat dengan Nissan. Satu lagi sumber pula mengatakan Nissan memerlukan “pemegang saham jangka masa panjang dan stabil seperti financial institution atau kumpulan insuran” bagi menggantikan beberapa pegangan saham Renault, dan ia kini sedang memuktamadkan kerjasama pembangunan kenderaan elektrik (EV) baharu bersama Honda yang telah ditandatangani Mac lalu.

Nissan juga dilaporkan telah membuat perbincangan untuk kerjasama lanjut dengan Honda berkenaan EV dan juga kenderaan yang ditakrif perisian (SDV) bagi menghadapi persaingan yang lebih sengit dengan jenama-jenama automotif China, dan juga untuk menghadapi situasi yang tidak menentu selepas Donald Trump dilantik semula menjadi presiden Amerika Syarikat.

Nissan turut tidak menolak sekiranya Honda mahu membeli sebahagian pegangan sahamnya, dengan memberikan “semua pilihan” bagi menyelesaikan masalah kejatuhan jualan di China dan Amerika Syarikat. Juga sumber Monetary Instances yang rapat dengan Renault memberitahu bahawa sekutu dalam Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi tersebut itu turut sanggup menjual sahamnya dalam Nissan kepada Honda bagi menstrukturkan kembali pakatan berkenaan.

Nissan dalam krisis kewangan, mungkin hanya boleh bertahan 12-14 bulan; pelabur yang stabil diperlukan

Walau bagaimanapun kedua-dua pihak Nissan dan Honda menjelaskan bahawa kemungkinan untuk penggabungan modal tersebut adalah kecil selepas kerjasama SDV diumumkan pada Ogos lalu. Manakala salah satu sumber Monetary Instances menyebut Honda hanya akan membeli saham Nissan sebagai “langkah terakhir”.

Kedua-dua syarikat itu juga enggan mengulas apabila dihubungi oleh Monetary Instances, namun Nissan ada menjelaskan: “Perkongsian dengan Honda secara strategik sangat penting, dan kami berharap dapat mempercepatkan realisasi hasil aktiviti kami melalui kemajuan biasa di peringkat pengurusan kedua-dua syarikat. ”

Nissan dilaporkan rugi sebanyak 9 bilion yen (RM262 million) di mana ia perlu mengurangkan kos produksi globalnya sebanyak 20%, termasuk perlu membuang sejumlah 9,000 pekerja. Syarikat itu juga mengakui ia tidak menjangkakan permintaan terhadap model-model hibrid yang semakin meningkat di Amerika Syarikat, dan ia kini sedang merancang pelancaran-pelancaran mannequin penting untuk beberapa bulan dan tahun akan datang.

“Ini merupakan sesuatu yang sukar. Dan akhirnya, kami perlukan Jepun dan Amerika Syarikat untuk menjana wang tunai, kata pegawai kanan yang menjadi sumber Monetary Instances itu lagi. Renault telah mengurangkan pegangan sahamnya dalam Nissan tahun lalu ketika konflik perbalahan mengenai pegangan saham dan hak mengundi yang tidak sama rata – syarikat itu memegang 43% dalam Nissan manakala Nissan hanya memiliki 15% saham dalam Renault dan tidak mempunyai hak mengundi.

Nissan dalam krisis kewangan, mungkin hanya boleh bertahan 12-14 bulan; pelabur yang stabil diperlukan

Penstrukturan semula modal mengurangkan pegangan Renault dalam Nissan kepada hanya di bawah 36%, dan ia terus berkurangan; Nissan juga mendapat hak mengundi untuk kepentingannya dalam Renault. Nissan juga memegang 34% kepentingan dalam Mitsubishi – yang turut terlibat dalam perkongsian dengan Honda – tetapi merancang untuk melepaskan sehingga 10% sebagai sebahagian daripada langkah pemulihan kecemasannya.

Renault tidak terlibat secara terus dalam rundingan bersama Nissan dan Honda, tetapi sumber memberitahu ia mungkin terbuka untuk menyertainya bagi menghadapi persaingan sengit dari jenama-jenama China. Renault menafikan sebarang perbincangan dalam kenyataan yang dikeluarkan, namun, ia cuma menyebut bahawa pihaknya hanya akan memberikan sokongan sekiranya ada “potensi menang-menang antara Nissan dan Honda.”

Sumber itu juga menyatakan bahawa hasil perkongsian Nissan-Honda akan membuktikan bagaimana syarikat yang lebih kecil dapat mewujudkan teknologi dan perkongsian serantau yang boleh bertahan dalam pergolakan industri, berbanding penggabungan besar-besaran seperti Stellantis.

Nissan dalam krisis kewangan, mungkin hanya boleh bertahan 12-14 bulan; pelabur yang stabil diperlukan

“Adakah lebih besar benar-benar lebih baik? Atau adakah mannequin perkongsian lebih baik?” soal pegawai kanan itu, sambil menambah bahawa mengejar skala akan membawa kepada ketidakcekapan selepas masa-masa tertentu.

Perkongsian antara keempat-empat syarikat adalah lebih masuk akal, kata sumber itu. Walaupun Honda dan Nissan kedua-duanya memberi tumpuan kepada pasaran utama China, AS dan Jepun, penyertaan Renault akan membawa wakil Eropah ke dalam kerjasama itu, manakala kedua-dua Renault dan Honda tertarik dengan kekuatan Mitsubishi di Asia Tenggara dan teknologi hibrid plug-in milik jenama itu.

Untuk Mitsubishi, ia menjelaskan “kami sedang meneroka semua kemungkinan dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dalam bidang di mana kami boleh memanfaatkan kekuatan kami,” tetapi menambah bahawa tiada apa yang telah dimuktamadkan setakat ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles