20.3 C
New York
Thursday, October 3, 2024

Proton jual 11,269 unit kereta pada Sept 2024, YTD turun 3% – S70, X50, X70, X90 terlaris dalam kelas


Proton jual 11,269 unit kereta pada Sept 2024, YTD turun 3%  – S70, X50, X70, X90 terlaris dalam kelas

Proton hari ini mengumumkan prestasi jualannya untuk September 2024, di mana pengeluar automotif nasional itu menyatakan bahawa ia telah menjual sebanyak 11,269 unit kenderaan (domestik dan eksport) sepanjang bulan lalu. Ini membolehkan jumlah jualan tahunannya hingga kini (YTD) sudahpun mencapai 112,758 unit.

Dengan angka berkenaan membolehkan Proton kekal sebagai jenama nombor dua terlaris di Malaysia dengan pegangan bahagian pasaran sebanyak 20.1% untuk bulan September dan 19.1% untuk YTD keseluruhan tahun 2024. Namun jika dibandingkan jumlah YTD pada September 2023 dengan jumlah jualan sebanyak 116,832 unit, jumlah jualan kumulatif Proton untuk sembilan bulan pertama tahun ini sebenarnya telah turun sebanyak 3%

Menurut Proton pasaran automotif Malaysia secara keseluruhannya dilihat merosot pada September 2024. Jumlah volum industri (TIV) dianggarkan menurun ke tahap terendah dalam tempoh 17 bulan dengan hanya mencapai 56,067 unit, iaitu pengurangan sebanyak 22.2% berbanding bulan sebelumnya. “Namun, jumlah anggaran YTD untuk TIV masih lebih baik berbanding 2023, dengan jumlah volum hampir 590,000 unit, iaitu 3% lebih baik daripada tahun lepas,” kata Proton.

Proton jual 11,269 unit kereta pada Sept 2024, YTD turun 3%  – S70, X50, X70, X90 terlaris dalam kelas

Walaupun begitu, tiga mannequin SUV Proton iaitu X50, X70 dan X90 menjadi mannequin terlaris dalam segmen masing-masing sepanjang bulan lalu. SUV paling kecil iaitu Proton X50 mencatatkan jualan sebanyak 1,771 unit bagi membolehkan ia kekal sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia bulan lalu, dan jualan kumulatif tahunannya kini mencapai 17,000 unit.

Manakala jualan Proton X70 pula melonjak dengan merekodkan pendaftaran sebanyak 1,466 unit bulan lalu untuk menjadi mannequin terlaris dalam segmen SUV segmen-C, selepas ia disegarkan menerusi mannequin facelift terkini yang dilancarkan pada 19 Ogos lalu. Menurut Proton ini merupakan jualan bulanan tertinggi dicatatkan oleh X70 sejak Disember 2022 serta hampir dua kali ganda jualan yang dicapai pada Ogos lalu. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 5,482 setakat ini untuk 2024.

Bagi Proton X90, SUV segmen-D ini turut kembali menjadi mannequin terlaris dalam kelasnya dengan jumlah jualan sebanyak 217 unit, menjadikan jumlah YTDnya sebanyak 2,724 unit, juga didakwa kini sedang mendahului pasaran.

Untuk sedan segmen-C Proton S70 pula, ia terjual sebanyak 1,013 sepanjang September 2024 menyebabkan ia hanya mampu berada di kedudukan kedua bulan lalu. Walau bagaimanapun dengan jualan kumulatif mencapai 14,768 unit untuk sembilan bulan pertama tahun ini, S70 masih lagi kekal sebagai sedan segmen-C terlaris di Malaysia secara keseluruhan.

Kereta paling laris Proton bulan lalu masih lagi mannequin paling mampu milik yang ditawarkan iaitu Saga dengan jumlah jualan 5,162 unit sepanjang September. Saga masih menghuni tempat kedua dalam carta jualan sedan segmen-A di Malaysia dan jumlah jualan YTD 2024 kini mencecah 54,066 unit.

Selain itu, sedan segmen-B Proton Persona mencatatkan jualan sebanyak 1,295 unit, manakala kembar hatchbacknya Proton Iriz terjual sebanyak 345 unit sepanjang September 2024.

“September secara tradisional adalah bulan yang perlahan bagi industri automotif, dan 2024 juga tidak terkecuali. Pengurangan dalam volum Proton adalah jauh lebih kecil berbanding penurunan dalam TIV. Ini menunjukkan cabaran sukar bagi suku akhir tahun untuk industri automotif. Dengan dua mannequin SUV yang baru diperbaharui dan sebuah sedan yang memasuki tahun penuh pertama jualannya, Proton yakin mempunyai produk yang diperlukan untuk meningkatkan volum jualan dalam tiga bulan akan datang,” kata CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

“Ini akan diperkukuh dengan aktiviti promosi kami dan tidak lama lagi, kami akan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan hadiah dan ganjaran yang menarik. Pada masa yang sama, usaha kami untuk memberikan pengalaman jenama premium di pusat jualan dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan akan diteruskan sebelum kemuncaknya dengan pelancaran mannequin EV pertama kami pada bulan Disember,” tambahnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles