2.1 C
New York
Wednesday, December 25, 2024

Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini


Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

Tan Chong Motor Holdings terus bergelut dengan kesukaran dengan laporan terbaharu menyatakan bahawa kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih RM90.28 juta untuk suku ketiga tahun ini, iaitu kerugiannya paling besar dalam dekad ini.

Dalam pemfailannya kepada Bursa Malaysia minggu lalu, kumpulan itu menyatakan bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh kerugian sejumlah RM53.2 juta dalam tukaran wang asing, sentimen pelanggan yang semakin berkurangan dan juga keadaan perniagaan yang semakin kompetitif dengan kehadiran jenama-jenama baharu dari China.

Sebelum masuk suku ketiga, Tan Chong Motor Holding sudahpun mencatatkan kerugian bersih RM40.1 juta pada suku sebelumnya, dan ini merupakan suku ke-lapan berturut-turut ia mencatatkan kerugian sejak suku ke-empat tahun Fiskal 2022, menurut pelbagai laporan berita.

Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

Ini telah menyumbang kepada kerugian bersih RM146.1 juta untuk sembilan bulan pertama tahun Fiskal 2024, iaitu hampir dua kali ganda daripada RM73.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023. Sementara itu, hasil suku tahunan susut 28.8% kepada RM462. 66 juta daripada RM649.82 juta, manakala hasil dalam sembilan bulan pertama turun 16.8% daripada RM1.89 bilion kepada RM1.57 bilion.

Dalam pemfailannya lagi, syarikat itu berkata bahawa landskap automotif di Malaysia untuk 2024 berubah dan ia disebabkan oleh peningkatan persaingan yang berterusan, terutamanya daripada jenama China yang meluaskan lagi penampilan mereka. Tambah syarikat itu lagi, jenama-jenama baharu berkenaan menawarkan mannequin dengan harga yang sangat kompetitif dan ia meningkatkan tekanan daya saing ke atas syarikat-syarikat tempatan.

Walaupun dalam cabaran yang sukar, kumpulan itu berkata ia kekal positif terhadap prospek jangka panjang perniagaannya, menyatakan ia mempunyai asas yang kukuh untuk kekal berdaya tahan. Kumpulan itu juga menyatakan bahawa ia akan memberi tumpuan kepada meningkatkan prestasi perniagaan, memacu kecekapan operasi yang lebih baik, pengurusan kos yang cekap dan pengurusan aliran tunai untuk meletakkannya pada kedudukan yang lebih baik bagi menyampaikan kemampanan operasi dan kewangan jangka panjang.

Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

Kumpulan itu juga berkata bahawa ia merancang untuk mempercepatkan pengenalan mannequin baharu pada suku akan datang bagi mengukuhkan kedudukan pasarannya. Ia juga mengharapkan untuk kembali mendapat perhatian dalam pasaran dengan ketibaan SUV kompak Nissan Kicks e-Energy akhir bulan ini, setelah sekian lama tidak mempunyai produk baharu.

Tan Chong Motor Holdings bukan sahaja merupakan pengedar dan terlibat dalam operasi pemasangan tempatan Nissan di Malaysia sejak sekian lama, malah turut membuat perniagaan sama di Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos. Tan Chong juga mengeksport kenderaan yang dipasang di Malaysia bermula dengan mannequin Nissan Serena S-Hybrid C27 yang dibawa ke Thailand.

Seperti yang kita tahu bukan hanya perniagaan Tan Chong yang kini sedang merosot, malah syarikat induk Nissan di Jepun juga kini sedang menghadapi krisis kewangan dan sedang mencari jalan keluar bagi mengelakkan ia sekali lagi muflis.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles