7.7 C
New York
Sunday, November 24, 2024

Volvo sasar jual 90-100% mannequin EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu


Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

Kita sudah tahu bahawa Volvo akan lambatkan peralihan sepenuhnya kepada EV di mana ia tidak lagi menetapkan 2030 sebagai tahun penamat ia menawarkan model-model dengan enjin pembakaran dalaman, seperti yang diikrar pada 2021. Jadi apa sasaran baharu jenama automotif Sweden berkenaan?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Volvo menyatakan bahawa ia telah membuat keputusan bagi melaras semula sasaran elektrifikasi ini “kerana perubahan situasi dalam pasaran dan permintaan pelanggan”. Jadi sasaran baharu yang ditetapkan oleh Volvo menjelang 2030 nanti, 90 hingga 100% jumlah jualannya di seluruh dunia adalah terdiri dari mannequin EV penuh dan juga plug-in hybrid (PHEV).

Ini bermakna walaupun ia menjual kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman, ia masih menerima bantuan elektrifikasi dengan bateri yang boleh dicas seperti EV. “0-10% selebihnya akan membolehkan sejumlah kecil mannequin dengan sistem hibrid ringkas dijual, sekiranya ia diperlukan. Ini akan menggantikan cita-cita syarikat sebelumnya ini untuk menjual mannequin elektrik sepenuhnya menjelang 2030,” kata Volvo.

Buat masa sekarang antara sebab mengapa jualan EV mula perlahan adalah kerana penawaran yang melebihi permintaan semasa. Jadi Volvo kini dalam landasan tepat untuk menyingkirkan jualan mannequin dengan enjin pembakaran dalaman pada masa hadapan.

Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

Volvo kini mempunyai lima mannequin EV sepenuhnya yang telah dijual dalam pasaran dan lima lagi dalam pembangunan. Menjelang 2025, Volvo menjangkakan peratusan produknya yang menerima teknologi elektrifikasi akan berada antara 50 hingga 60%.

Ini membolehkan Volvo melengkapkan barisan mannequin EV penuhnya menjelang akhir dekad ini, dan “membolehkan Volvo untuk mengambil langkah beralih terus kepada elektrifikasi penuh apabila tiba pada keadaan pasaran yang sesuai,” kata Volvo lagi.

Sasaran jangkamasa panjang Volvo masih lagi kekal untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya, dan ia turut mensasarkan untuk mencapai emisi fuel rumah hijau sifar sepenuhnya menjelang 2040.

“Kami bertekad dengan kepercayaan kami bahawa masa depan kami adalah elektrik. Sebuah kereta elektrik memberikan pengalaman pemanduan yang unggul dan meningkatkan kemungkinan untuk menggunakan teknologi termaju yang meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan,” kata CEO Volvo vehicles, Jim Rowan.

“Bagaimanapun, adalah jelas bahawa peralihan kepada elektrifikasi tidak akan berkadar linear, dan pelanggan serta pasaran bergerak pada rentak penggunaan yang berbeza. Kami pragmatik dan fleksibel, dalam masa yang sama kekal sebagai peneraju industri berkaitan elektrifikasi dan kemampanan,” tambahnya.

Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

Volvo EX90 (kiri) dan Volvo XC90 facelift 2025 (kanan)

Volvo mengaitkan kelembapan dalam pertumbuhan EV ini dengan beberapa aspek seperti kadar penyediaan infrastruktur pengecasan yang lebih perlahan daripada jangkaan, penarikan balik insentif kerajaan di sesetengah pasaran dan ketidaktentuan tambahan yang ditimbulkan oleh tarif terkini ke atas EV di pelbagai pasaran. Volvo juga terus melihat keperluan untuk dasar kerajaan yang lebih kukuh dan lebih stabil untuk menyokong peralihan kepada elektrifikasi.

“Kami tidak dogmatik mengenai cita-cita 2030 kami. Paling penting ialah kami menyediakan produk yang pelanggan kami inginkan. Kami akan bersedia untuk beralih menggunakan elektrik sepenuhnya dekad ini, tetapi jika infrastruktur pasaran dan penerimaan pelanggan tidak mencapai tahap, kami boleh mempertimbangkan untuk mengambil masa beberapa tahun lagi,” katanya pada acara hari 90/90, di mana XC90 facelift baharu telah didedahkan.

Penawaran satu lagi versi facelift untuk XC90 ini adalah salah satu contoh pendekatan baharu yang dibuat oleh Volvo. Walaupun produksi untuk SUV EV EX90 telah bermula Jun lalu dan kumpulan pertamanya sedang dihantar kepada pelanggan (turut akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi), Volvo tidak menghentikan terus pengeluaran bagi mannequin XC90 yang masih menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Pendekatan ini akan “memberikan pelanggan pilihan yang terbaik untuk disesuaikan dengan mereka” dalam masa yang sama memberikan Volvo “keseimbangan portfolio ketika kami beralih sepenuhnya ke arah elektrifikasi penuh”, kata Rowan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles