Jika anda sukar untuk memilih antara trak pikap dan SUV, kereta yang kami tunjukkan ini mungkin adalah penyelesaiannya. Ia adalah Deepal E07, yang baru sahaja dilancarkan di Thailand Worldwide Motor Expo, dan sebenarnya adalah sama dengan Changan Nevo E07 yang mula dijual di China Oktober lalu.
Sekali pandang, E07 ini nampak seperti sebuah SUV yang dipanjangkan dan mempunyai bumbung yang menjunam di belakang seperti coupe. Tapi istimewanya, pintu ruang barangan belakangnya dibuka ke bawah seperti trak pikap, manakala penutup atasnya pula boleh dilungsur secara elektrik.
Lain daripada itu, ciri rekaan yang boleh dilihat pada E07 adalah seperti lampu DRL berbentuk C di hadapan, lampu utama nipis, jalur LED di tengah, tambahan kemasan plastik hitam di keliling lengkuk roda, rim 21 inci dan rel di atas bumbung.
Berkenaan dimensi, ia mencatat ukuran panjang 5,045 mm, lebar 1,996 mm, tinggi 1,680 mm tall jarak roda 3,120 mm. Ini menjadikannya ia agak besar, tetapi panjangnya masih lagi kurang berbanding trak pikap sebenar seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max. Menurut Deepal, ia boleh membawa barang di belakang sehingga 300 kg.
Sementara bahagian luar nampak menonjol, bahagian dalam yang mempunyai lima tempat duduk pula menggunakan rekaan yang lebih ringkas dengan di tengah papan pemuka terletak skrin infotainmen 15.6 inci. Malahan, tiada panel instrumen yang dapat dilihat pada kenderaan ini, dan ia diganti dengan panel head-up show.
Kelengkapan lain yang terdapat padanya adalah termasuk roda stereng larasan elektrik, tempat duduk hadapan zero-gravity dengan liang udara, tempat duduk belakang boleh lipat 60:40, lampu suasana 256 warna, kawalan pendingin hawa dua zon, sistem audio 18 pembesar suara dan pad pengecas 50W.
Untuk keselamatan, ia dilengkapi beg udara depan, tepi dan bidai, bersama pelbagai sistem pasif lain manakala sistem bantuan pemandu pula terdiri daripada pemerhati keliling kenderaan, bantuan parkir automatik, Adaptive Cruise Management dengan Site visitors Jam Help, Lane Centring, Ahead Collission Warning dengan Automated Emergency Braking, Lane Maintain Help, Lane Departure Warning, Entrance and Rear Cross Site visitors Alert dan Lane Change Help.
E07 adalah kenderaan elektrik (EV) yang akan ditawarkan dalam dua varian. Pilihan pertama dipanggil sebagai Plus, yang mendapat motor elektrik di belakang berkuasa 342 PS (338 hp atau 252 kW) dan 365 Nm, boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat dan laju maksimum 201 km/j.
Atas padanya adalah Efficiency AWD, yang ditambah dengan motor elektrik hadapan 256 PS (252 hp atau 188 kW) dan 280 Nm, manakala motor di belakangnya masih sama seperti Plus. Dengan kuasa keseluruhan 598 PS (590 hp atau 440 kW) dan 645 Nm, varian ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.96 saat dan mencapai laju maksimum 210 km/j. Ia juga mendapat suspensi udara dengan kawalan serapan automatik – double wishbone di hadapan dan multi-link di belakang.
Kedua-dua varian E07 ini menggunakan bateri nickel manganese cobalt (NMC) yang sama, dengan kapasiti 89.98 kWH, mampu memberikan jarak gerak sehingga 640 km untuk Plus dan 590 km pada Efficiency AWD. Pengecasan AC boleh dilakukan pada kadar maksimum 6.6 kW manakala DC pula sehingga 240 kW (30-80% dalam masa cuma 15 minit).
Melihat kepada harga, E07 dilancarkan dengan harga pengenalan 1.599 juta baht (RM207k) untuk Plus, manakala Efficiency AWD dijual pada 1.999 juta baht (RM259k). Apabila tempoh promosi habis, harganya akan dinaikkan 100,000 baht (RM13k).
Ada tiga warna ditawarkan untuk varian Plus iaitu Obsidian Black, Quartz White dan Hematite Gray, dan semuanya dipadankan bersama kemasan dalam warna hitam. Varian Efficiency AWD mendapat pilihan warna sama seperti Plus, tetapi warna Hematite Gray padanya adalah jenis matte dan satu lagi tambahan warna yang disediakan adalah Jade Inexperienced – semuanya datang dengan kemasan dalam warna oren.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.